
Tanah Suci Kampong Nekmat dengan bangganya mengumumkan tayangan perdana sebuah filem mega blokbuster sempena pembukaan Cenema Hall yg ke-6. Filem ini membariskan muka-muka glamour dari penduduk Kampong Nekmat dan seekor ular betina dari Kampong Sebelah.

Storyline:
Filem Nekmatnya Cinta mengisahkan epik percintaan zaman moden yang penuh dengan pengorbanan seorang lelaki dalam mencari nekmat cinta sejati. Kisah bermula bermula apabila watak Hafiz yang berperanan sebagai seorang hero sejati yang bersusah-payah bekerja demi menanpung kos pengajiannya di sebuah kolej swasta. Bekerja separuh masa di logi kumbahan Indah Water bukan sesuatu yang jijik bagi dirinya (ambik kau). Walaupun najis menjadi sumber rezeki namun itulah pengorbanan jejaka zaman ini demi mengejar cita-citanya. Dikelilingi oelh sahabat yang memahami menambah ceria perjalanan hidupnya setiap hari.
Tiba-tiba muncul watak seorang kenalan wanita dalam hidup Hafiz. Wanita itu bukanla wanita yang disukai oleh rakan-rakannya kerana latar-belakang statusnya yang dikatakan milik insan lain. Namun jika wanita itu lidah bercabang, licin seperti ular, soalan itu mampu ditepisnya sehingga bisanya mudah meracuni fikiran Hafiz. Nekmatnya Cinta Hafiz kepada wanita ular itu khabarnya menemui kegagalan bila Hafiz mula terasa sakitnya bisa patukan ular betina itu.
Datang ibarat seekor arnab putih lagi suci dan gebu, watak yang bernama Farizi, menyambut tangan Hafiz yang hampir terkulai layu. Nekmatnya Cinta Hafiz-Farizi juga ada pasang surutnya, umpama langit yang tidak sentiasa cerah. Cinta mereka bermula dengan pertemuan dan disulami dengan bibit-bibit kemesraan. Dari kemesraan lahir kasih sayang tetapi adakah benar setiap pertemuan itu akan bertenu dengan jalan perpisahan? Nekmatnya Cinta...membuat mereka bahagia...Nekmatnya Cinta memaksa mereka lupa...Nekmatnya Cinta menjadikan mereka hamba...Adakah Nekmat Cinta remaja ini menjanjikan kemenangan atau berakhir dengan trajedi yang tidak diduga? Jawapannya akan anda ketahui apabila menonton tanyangan istimewa filem ini .. AKAN DATANG...hanya di Hall-6 , Pawagam Kelahiran Kampong Nekmat
